Sunday, February 19, 2012

SKRU DALAM ROTI???


Assalamualaikum
hal yang akan korang baca ni bukan salah sekolah kami
jadi janganlah salah anggap pula ye ...
artikal ni pon kami copy je

تفضل مشكورا
dipersilakan baca.....

GEORGETOWN – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun cemas tergigit skru ketika sedang enak menikmati roti.

Nurul Ain Anuar dari sebuah sekolah menengah di sini berkata, dia mendapat roti itu dari pihak sekolah ketika Program Merentas Desa pada 11 Februari 2012 lalu.

Menurutnya, dia dan rakan-rakan menikmati roti dari jenama yang sama, namun ketika hampir separuh roti dimakan dia tergigit sesuatu.

“Saya terkejut kerana tergigit benda yang keras sedangkan roti lembut, saya terus lihat dalam inti roti dan mendapati ada benda keras berwarna kelabu.

“Saya dan kawan-kawan lihat ia adalah skru sepanjang dua inci dan segera maklumkan kepada pihak sekolah,” katanya ketika ditemui media.

Nurul Ain berkata, kemudiannya guru bertugas mengarahkan media sekolah mengambil gambar roti berkenaan dan kemudian ia disimpan oleh pihak sekolah.

Bapanya, Anuar Abu Kassim berkata, difahamkan wakil syarikat roti itu datang ke sekolah dan mengambil roti dan skru berkenaan atas alasan mahu membuat penyelidikan.

Menurutnya, bagaimanapun dia kesal kerana sekolah tidak memaklumkan terlebih dahulu perkara itu sebelum dia berjumpa dengan wakil syarikat roti.

“Sebagai seorang konsumer yang prihatin, ini melibatkan isu kebersihan, kesihatan dan keselamatan pengguna.

“Sedangkan roti ini adalah di antara roti yang terkenal juga, malah difahamkan mereka menjadi pembekal roti bagi sekolah-sekolah,” katanya.

Anuar yang sudah bertemu dengan pihak sekolah bagi membawa perkara berkenaan kepada media turut memaklumkan dia tidak mempunyai niat untuk menuntut sebarang ganti rugi.

“Bukan niat untuk menuntut harta benda, tetapi saya lebih pentingkan nyawa anak dan juga orang ramai.

“Keputusan laporan terlalu lambat iaitu pada 20 Februari ini dan kita sendiri tidak tahu apa yang akan diberitahu syarikat itu nanti.

“Kami hanya mahu pengadilan dan saya berharap supaya kejadian seperti ini tidak lagi berlaku pada masa depan.

“Moga syarikat pengeluar roti itu lebih prihatin dan bertanggungjawab,” katanya.

ditulis oleh wartawan sinar harian pd haribulan 16 Februari 2012

sampai disini sahajalah yang kami boleh kongsi tentang isu-isu yang telah terjadi di skolah Mashoor (p) kami
sekian...
terima kasih kerana sudi membaca post kami
Selamat berjumpa lagi...

UNIC DATANG!!!!




SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
15 FEBRUARY 2012

HAPPY sangat!!!!
Berikan tepukan kepada UNIC
bestnyer....dpt dgr lagu diorang dengan penuh perasaan
yang penting free, x pyh bayar pun
ko ader??? xdaklah saja ja...

Lagu baru diorang SEIRING SEHALUAN! (iklan :seiring dan sejalan (lagu))melawak jah!
merdunya suara ustaz Fakhrul
ramai jugak peminat UNIC rupanya
Tapi mula-mula, kami tak kenal,cuma kenal rupa sahaja tapi tak kenal nama
hehehe....

Selain itu,kami semua dapatlah jugak berkongsi ilmu dengan kumpulan UNIC ni...
UNIC ada bagi motivasi tentang cara-cara belajar dengan cara yang betul macam
  • ada mata pandang
  • ada telinga dengar
  • ada tangan catit
  • ada mulut diam.

semua wajib beli album dia tau tak sebab ada banyak surah yang dibaca oleh ustaz fakhrul

boleh menenangkan jiwa yang kusut ,dan selainnya .Kalau korang tak tahu siapa ustaz fakhrul ,beliau ialah pemenang akademi al-quran dan mendapat johan dalam pertandingan tersebut serta pengacara tv al-hijrah rasanya (>,<)

Okeylah!sampai sini sahaja cerita kami tentang ehehe UNIC...

serta tidak lupa juga yang paling penting sekali

SAMBUTAN KELAHIRAN KEKASIH ALLAH (S.A.W)

!!!!

MARILAH KITA BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (S.A.W)

wasalam......






Sunday, February 12, 2012

SEJARAH SMKA (p) ALMASHOOR




Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.

Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .

Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.