Tuesday, July 31, 2012

Sekolah kami?

Assalamualaikum!
Hai dan salam sejahtera saya ucapkan!

Lupa nak terangkan visi,misi,moto dan slogan sekolah kami...

Jadi,sila rujuk bawah...hehe
 
VISI SEKOLAH
SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2015.
MISI
Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.
MOTO
Beriman, Berilmu & Beramal
SLOGAN
Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak

Itu sahaja dari kami...
wassalam
terima kasih jika anda jadi pengikut kami....follow tau jangan tak follow 

Bye!

Nuzul Quran!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!
Hari ini kami ingin menceritakan peristiwa nuzul quran ini.... Boleh lah korang mendapat pengetahuan sikit kan..hehe

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Okeylah,ini sahajalah yang kami dapat 'share' sikit tentang nuzul-quran nik..

wassalam dan semoga murah rezeki di bulan yang barakah ini iaitu bulan Ramadhan!

Bye!

Tuesday, July 24, 2012

Bulan Puasa Dah Tiba!

Assalamualaikum
Jom kita solat terawih...
Sama-sama kita tingkatkan keimanan kita kepada pencipta yang esa,
Buka puasa makan kurma dulu baru minum air ,dan makan nasi...
Suma orang mesti tahu kan maksud puasa itu apa...

Maksud Puasa:

Menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari.


Perkara Makruh:



Supaya keutamaan dalam mengerjakan ibadah puasa itu dapat dicapai dengan menjaga segala perbuatan yang makruh.
  1. Berkumur-kumur atau bersugi apabila waktu matahari telah tergelincir
  2. Terlalu memasukkan air ke hidung ketika dalam puasa
  3. Mengeluarkan kata-kata keji
Jauhilah semampu mu!!!
Okay~! Itulah sahaja daripada kami semoga kita sama-sama 
mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.