Malam Lailatul Qadr Dah Tiba!!!
Baiklah...kami ada benda nak kongsi sedikit tentang Malam Lailatu Qadr
Dah 19 hari kita berpuasa dibulan ramadhan yang penuh barakah ini.
10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu-tunggu oleh sekalian umat islam yang menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini, satu malam adalah malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam lailatulqadr.
Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadr
Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
- Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
- Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
- Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
- Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
- Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.#hanya Allah SWT yang maha mengetahui bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari lailatul qadar pada satu malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada setiap malam. InsyaAllah , Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada mereka . semoga Ramadhan kali ni membawa lebih kebaikna dan keberkatan dari sebelum sebelumnya . Aminnnn!!Baiklah,Ini sahaja yang boleh saya kongsikan..bye2tatawassalam
No comments:
Post a Comment